Keluarga Malaysia | Fokus tangani miskin tegar di empat lokaliti di Sarawak

2022-09-21 0

Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia menetapkan sifar miskin tegar pada penghujung 2025.

Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, program ini akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dengan fasa pertama di Sarawak melibatkan empat lokaliti.